PROGRAM PEMAKANAN SIHAT

16 / 100 SEO Score

Pada 12 Jun, warga EEP, pelajar Diploma dan SACSI telah menyertai Program Pemakanan Sihat yang dikendalikan oleh Pegawai Sains Pemakanan Tampin. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemakanan seimbang serta amalan gaya hidup sihat dalam kalangan peserta.

Melalui perkongsian yang interaktif dan bermanfaat, para peserta didedahkan kepada panduan memilih makanan yang sihat, pengurusan pemakanan harian serta langkah-langkah membentuk gaya hidup yang lebih berkualiti. Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat diamalkan dalam kehidupan seharian bagi melahirkan individu yang lebih sihat, cergas dan produktif. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *