Tentang Kami

Latar Belakang

Visi & Misi

Sejarah Penubuhan

Sejarah penubuhan Shipping And Aviation College (SAC) yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Sri Ayu (KSA) bermula pada tahun 1984 dan bertempat di Kampar Perak. Sebelum SAC diberikan kelulusan untuk menjadi sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) oleh Jabatan Pendidikan Swasta (JPS) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), SAC telah menjalankan kursus Sijil Perdagangan Dalam Malaysia atau sebutan ringkasnya SPDM dan London Chamber Of Commerce And Industry Examinations Board (LCCIEB) melalui pendaftaran dibawah Institusi Pendidikan Swasta (IPS).

Pada tahun 2004, SAC telah dinaik taraf ke Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dengan menawarkan kursus di peringkat Diploma yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Seiring dengan perkembangan pesat di dalam bidang pendidikan tinggi, menggesa SAC untuk mengorak langkah dengan lebih agresif agar dapat bersaing dengan IPTS yang lain. Justeru itu, pada tahun 2014, SAC telah diurus tadbir oleh kumpulan pengurusan yang baru, diberi penjenamaan semula dan berpindah ke tempat yang lebih dinamik seterusnya menjadi satu-satunya IPTS yang bertapak di Tampin, Negeri Sembilan. Pelbagai program Diploma juga telah ditawarkan oleh SAC selain Diploma Pentadbiran Perniagaan seperti Diploma Pengurusan Logistik dan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak.

 

VISI & MISI

VISI
Menjadi sebuah institusi pendidikan unggul dan melahirkan tenaga professional yang berwibawa bagi merialisasikan wawasan negara.

MISI
Mewujudkan peluang bagi membentuk potensi pelajar dan mencapai kecemerlangan pendidikan.

Objektif

  1. Melahirkan pelajar berilmu berkemahiran, berakhlak mulia dan bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.
  2. Menyediakan program akademik dan kemahiran di peringkat sijil, diploma dan ijazah bagi melahirkan graduan yang cemerlang untuk merealisasikan wawasan negara.
  3. Menampung kekurangan tempat pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam usaha mendapatkan kelayakan yang sama serta setaraf dengan IPTA.
  4. Melahirkan tenaga kerja yang berwibawa dan berkualiti.

Ahli Lembaga Pengarah

Mohd Jafrey b Moideen Kutty

Ahli Lembaga Pengarah

Shafie b Md Sarip

Ahli Lembaga Pengarah

Badan Pengurusan

Salina bt Kadirun

Ketua Pegawai Eksekutif

Ketua Bahagian

Ahmad Muzakkir Bin MohdHendra Sastra

PENDAFTAR

Nordalila bt Jaapar

KETUA BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK

Nor Salihin Bin Mohd Noor

KETUA BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR

Wan Afifah Binti Jaapar

KETUA BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN KUALITI

Sijil & Pengiktirafan