Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Fakta

Merujuk kepada Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan 2008 yang ditubuhkan bertujuan memastikan perkembangan holistik bagi semua kanak-kanak dari lahir hingga empat tahun. Justeru, perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dapat dibentuk untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari seni intelek, rohani, jasmani, dan emosi agar selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Program ini diharap dapat melahirkan lebih ramai pendidik dan pengamal Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia dengan mengintegrasikan ilmu dan amalan berorientasikan syariat Islam.

Definisi Diploma (Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak)​

Diploma Pendidikan Awal Kanak kanak ini dibangunkan untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang meluas untuk memupuk dan membimbing kanak-kanak pra-sekolah.

Program atau kursus diploma pendidikan awal kanak kanak ini di reka dengan teliti untuk membolehkan mereka memperolehi pengetahuan yang perlu dalam pengajaran dan pembelajaran teori, kemahiran pedagogi, kandungan kurikulum, pembangunan kanak-kanak, psikologi kanak-kanak.

Penilaian pembelajaran kanak-kanak, pengurusan pusat prasekolah, keselamatan dan aspek pemakanan kanak-kanak, dan juga pembangunan kerohanian dan moral kanak-kanak.

Ia juga mengambil kira pelbagai aspek dalam pembangunan kanak-kanak istimewa dan kanak-kanak dengan keperluan istimewa.

Latihan Praktikal adalah satu komponen wajib di mana pelajar diberikan peluang untuk memperoleh kemahiran praktikal dalam pengajaran prasekolah dan persekitaran pembelajaran.

Mengembangkan sikap moral dan intelektual dan mempunyai pemahaman yang lebih baik berhubung isu-isu kontemporari dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Mengapa Perlu Belajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak

Objektif program ini adalah untuk menghasilkan para tenaga pengajar yang berkualiti dalam pendidikan awal kanak-kanak dan dapat menyepadukan segala prinsip-prinsip pengurusan kurikulum, pendidikan dan pentafsiran dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Para pelajar akan dilatih dalam melahirkan graduan yang berijazah dan bestari serta mampu mengaplikasi peranan sebagai pendidik awal kanak-kanak yang professional dalam masyarakat pelbagai budaya serta selaras dengan perubahan sosial dan teknologi yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.

Memahami konsep falsafah pendidikan awal kanak-kanak dan menggunakan prinsip-prinsip pendidikan adalah sangat penting untuk membantu perkembangan intelek, jasmani, rohani dan emosi kanak-kanak.

Apakah Yang Akan Anda Pelajari

Ramai yang tidak tahu mengenai perkembangan awal kanak-kanak dan cara bagi mengatasi kanak-kanak yang mungkin mengalami tantrum, sukar bergaul dengan orang lain dan gejala yang kelihatan remeh namun sebenarnya perlu dititikberatkan. Oleh itu, program DPAKK mengajar pelajar untuk mengetahui bagaimana mengendali situasi luar jangka sekiranya berlaku kepada kanak-kanak serta menyelami isi hati mereka. Menjadi seorang pelajar di bawah program DPAKK memerlukan imaginasi, fizikal, emosi, jasmani, rohani dan intelektual yang jitu dan kuat.

Mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran dalam pendidikan awal kanak – kanak serta berupaya untuk meneroka bidang yang berkaitan

Memegang tanggungjawab kepimpinan dalam organisasi serta menceburi bidang keusahawanan.

Mempunyai kelayakan / pensijilan professional dalam bidang berkaitan pendidikan awal kanak – kanak seperti pendidikan khas, kaunseling, perkembangan bahasa dan lain – lain.

Pelajar akan didedahkan mengenai persekitaran serta perkembangan kanak-kanak. Program DPAKK bukan sahaja belajar secara teori malah praktikal di mana pelajar perlu melakukan serta mendalami watak kanak-kanak bagi memahami setiap kanak-kanak tersebut.

STRUKTUR SILIBUS:

  • Konsep subjek yang terdiri daripada isu-isu semasa dalam DPAKK
  • Asas-asas Pendidikan Islam dan Moral Kanak-kanak
  • Menekankan konsep penjagaan bayi dan kanak-kanak yang berkualiti.
  • Subjek penyediaan Pusat Jagaan / Asuhan yang berkualiti
  • Subjek profesional komunikasi
  • Penyeliaan dalam persekitaran awal kanak-kanak

Apakah Hala Tuju Program Ini

Program pendidikan awal kanak-kanak memberi persediaan kepada kamu untuk mendidik kanak-kanak yang baru lahir sehinggalah ke usia enam tahun. Kamu akan memahami dengan lebih mendalam tentang perkembangan kanak-kanak dan keperluan pendidikan mereka di peringkat awal kehidupan mereka. Paling penting, kamu akan mempelajari cara mengajar asas matematik, membaca dan sains kepada kanak-kanak.

Bidang Kerjaya Yang Diceburi

Memandangkan terdapat anggaran 93% guru pendidikan awal kanak-kanak dan pemilik pusat jagaan kanak-kanak di Malaysia adalah lepasan SPM, latihan Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECCE) disediakan untuk mereka bagi mendalami sepenuhnya keperluan kanak-kanak. Malah, latihan pra-perkhidmatan disediakan untuk guru-guru baharu bagi meningkatkan kualiti dan tahap profesionalisme dalam ECCE Terdapat banyak peluang pekerjaan dalam industri pendidikan awal kanak-kanak. Kementerian Pendidikan Malaysia (MoE) sedang meningkatkan kemasukan ke pra-sekolah daripada 67% pada 2009 ke 87%. Jumlah ini akan meningkat kepada 95% pada 2015 dan 97% menjelang 2020. Dengan bertambahnya pelajar pra-sekolah, kebanyakan pra-sekolah bakal memerlukan guru dengan kelulusan Diploma.

Pelajar jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak berpeluang mendapat pekerjaan dalam
bidang-bidang pendidikan awal kanak-kanak yang berikut:

  • Perguruan
  • Pemilikan atau pengurusan pusat jagaan kanak-kanak atau nurseri
  • Penyelidikan dan pembangunan produk pendidikan
  • Konsultan pengurusan pra-sekolah
  • Bekerja di Sekolah Antarabangsa
  • Kamu juga boleh menjadi Guru Pra-sekolah, Guru tadika, pemilik institusi tadika, penolong pengarah pendidikan, pendidik, pensyarah, pegawai sumber manusia (jabatan perkhidmatan awam).

Anda berminat?

Anda berminat untuk mengetahui program ini? Klik di sini dan kami akan kembali kepada anda untuk menjawab semua persoalan anda.