Diploma Pentadbiran Perniagaan

Fakta

Di Malaysia: Pengurusan perniagaan menjadi semakin penting, di mana MBA menjadi pilihan kepada banyak syarikat.

Luar Negara: Walau dalam suasana ekonomi tidak menentu ini, Malaysia masih menjalinkan hubungan perdagangan dengan pelbagai negara, terutamanya dengan China, yang kini mencecah USD100 billion walaupun negara Tembok Besar itu mengalami perkembangan ekonomi perlahan pada masa ini.

Definisi Diploma (Diploma Pentadbiran Perniagaan)

Aktiviti yang melibatkan pengurusan & pentadbiran dalam urusniaga barangan atau perkhidmatan antara 2 pihak yang berbeza bagi memenuhi keperluan & kehendak masing-
masing.

Urusan ini melibatkan pertukaran nilai bagi mendapatkan keuntungan.

Justeru, program ini merangkumi hampir semua bidang di mana ilmu atau konsep pentadbiran itu ditekankan dan amat penting dalam semua organisasi samada sektor awam atau swasta.

Mengapa Perlu Belajar Diploma Pentadbiran Perniagaan

Kursus ini menyediakan pelajar dengan pemahaman dan pengetahuan yang luas tentang amalan dan prinsip di sebalik topik pengurusan perniagaan asas. Topik-topik tipikal meliputi perakaunan kewangan, asas pentadbiran korporat, prinsip pengurusan projek, sumber manusia, dan pengurusan operasi. Contoh kursus kursus termasuk matematik perniagaan, prinsip-prinsip ekonomi mikro, undang-undang komersial, etika perniagaan, dan memahami pengurusan sumber manusia. Selain itu, program ini membekalkan ilmu pengetahuan asas tentang pemasaran yang dapat mempengaruhi keuntungan atau kerugian bagi sesebuah organisasi.

Apakah Yang Akan Anda Pelajari

Tujuan Pengajian Diploma Pentadbiran Perniagaan

  • Pengajian adalah bagi menerapkan ilmu fundamental dalam persekitaran perniagaan dalam dan luar negara.
  • Latihan termasuk mengurus perniagaan, organisasi, gaji, pinjaman, teknik pengurusan, industri dan banyak lagi.
  • Segala matapelajaran adalah sekitar tema perniagaan serta persediaan seorang usahawan.
  • Pengajian juga memberi latihan pelajar supaya menjadi seorang usahawan yang berjaya dan mempunyai kebolehan mengurus perniagaan yang berjaya.
  • Pelajar juga akan diberi latihan mengurus organisasi serta keperluan organisasi.

Terdapat 13 subjek teras (core subjects) bagi Program Dip. Pentadbiran Perniagaan:-

  • Human Resource Management (MGT 2443)
  • Operations Management (MGT 2363)
  • Organizational Behavior (MGT 2343)
  • Business Communication (MGT 2223)
  • Fundamentals of Marketing (MKT 2213)
  • Principles of Management (MGT 2113)
  • Entrepreneurship (ENT 2524)
  • Malaysian Economics (ECO 2433)
  • Principles of Public Relations (MKT 2423)
  • Introduction to International Business (MGT 2593)
  • Investment Management (FIN 2523)
  • Risk and Insurance (INS 2513)
  • Information Technology in Business (MGT 2473)

Apakah Hala Tuju Program Ini

Melahirkan graduan yang bersahsiah tinggi serta mempunyai kemahiran kebolehpekerjaan (employability skills) untuk bersaing dalam dunia pekerjaan sebenar.

Seterusnya, memberi pendedahan kepada pelajar tentang operasi perniagaan di peringkat antarabangsa, pertukaran mata wang, dan kepentingan hubungan sesama kerajaan. Hal ini penting bagi mendapatkan hasil yang positif dan seterusnya meningkatkan ekonomi di negara tersebut.

Bidang Kerjaya Yang Diceburi

Kebanyakan graduan bidang diploma ini akan menjadi pembantu pegawai untuk organisasi pemasaran, penyewaan, penghantaran, kewangan, juru kira akaun, pengurusan pekerja.

Sebagai contoh graduan boleh memohon untuk menjadi pembantu kedai, pembantu pasaraya, juru promosi, pembantu jualan hartanah, pembantu jualan, promoter, pembantu organisasi penghantaran, pembantu firma kewangan, kerani firma kewangan serta penasihat kewangan.

Anda berminat?

Anda berminat untuk mengetahui program ini? Klik di sini dan kami akan kembali kepada anda untuk menjawab semua persoalan anda.