Diploma Pengurusan Penerbangan
Fakta
2024 dilihat sebagai tahun lebih baik bagi sektor penerbangan. Malaysia sedang mengikuti pantas dan mungkin mencapai sekuran-kurangnya hampir seratus peratus menjelang akhir 2024. Kapasiti dan kumpulan pesawat telah berkembang dan memenuhi permintaan yang semakin meningkat memandangkan lebih banyak pesawat kembali beroperasi dan tempahan baharu yang mula diterima dan dijangka akan lebih tinggi dari tahun ke tahun.
Definisi Diploma (Diploma Pengurusan Penerbangan)
Diploma ini ditawarkan untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam industri penerbangan.
Program atau kursus diploma merangkumi teori, latihan teknikal dan praktikal dalam bidang pengurusan penerbangan, pentadbiran lapangan terbang, operasi penerbangan serta pengurusan dan kawalan trafik udara.
Ia juga mengambil kira pelbagai aspek dalam kepentingan industri khususnya sistem pengangkutan udara dan kawalan trafik udara.
Latihan Praktikal adalah satu komponen wajib di mana pelajar diberikan peluang untuk memperoleh kemahiran praktikal dalam industri penerbangan.
Mengapa Perlu Belajar Diploma Pengurusan Penerbangan
Objektif program ini adalah untuk menghasilkan modal insan yang berkualiti dalam industri penerbangan dan dapat menyepadukan segala prinsip-prinsip pengurusan kurikulum, pendidikan dan pentafsiran dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Para pelajar akan dilatih dalam melahirkan graduan yang berijazah dan bestari serta mampu mengaplikasi peranan sebagai pengurus atau modal insan yang terlatih dengan ilmu-ilmu sebenar yang akan dipratikkan di dalam industri
Apakah Yang Akan Anda Pelajari
Mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengurusan penerbangan serta berupaya untuk meneroka bidang yang berkaitan
Memegang tanggungjawab kepimpinan dalam organisasi serta menceburi bidang keusahawanan.
Mempunyai kelayakan / pensijilan professional dalam bidang berkaitan
Pelajar akan didedahkan mengenai persekitaran serta perkembangan dalam industri penerbangan
STRUKTUR SILIBUS:
- Pengurusan Penerbangan
- Pentadbiran Lapangan Terbang
- Operasi Penerbangan
- Pengurusan dan Kawalan Trafik Udara
Apakah Hala Tuju Program Ini
Program ini bertujuan melahirkan graduan yang bersedia menghadapi cabaran serta merebut peluang dalam sektor penerbangan yang dinamik.Dengan asas kukuh dalam teori dan aplikasi praktikal, pelajar akan bersedia untuk membina kerjaya cemerlang dalam pelbagai bidang seperti pengurusan syarikat penerbangan, operasi lapangan terbang, atau kawalan trafik udara, sejajar dengan permintaan industri global.
Bidang Kerjaya Yang Diceburi
Pelajar jurusan Pengurusan Penerbangan berpeluang mendapat pekerjaan dalam
industri penerbangan yang berikut:
- Pengurus Operasi Lapangan Terbang
- Pengurus Perkhidmatan Penumpang
- Pengurusan Kargo Udara
- Pengurus Keselamatan Penerbangan
Anda berminat?
Anda berminat untuk mengetahui program ini? Klik di sini dan kami akan kembali kepada anda untuk menjawab semua persoalan anda.